Tuesday, September 29, 2009

BERAYA DI KAMPUNG

kat atas tu smua big family belah mak ku kat johor...

Friday, September 25, 2009

canon photomarathon asia


DetailsVenue: Sunway Lagoon Theme Park (Elephant Walk Entrance)Date: 10th October 2009 (Saturday)Time: 0700 hours - 2100 hours* Registration close on 5th October 2009

Wednesday, September 23, 2009

PHOTO LEBARAN







Wednesday, September 16, 2009

46 MAKNA KAWAN YANG BAIK


Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baIK

MALAM LAILATUL QADAR ANUGERAH TERITIMEWA

Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda
ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.
“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.
“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.
Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?
“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.
Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.
“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.
“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.
Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.
Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.
“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.
Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.
Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.
Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.
Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:
“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).
Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.
Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.
“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.
“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.
Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.
Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.
Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

PERTAMA KALI AKU MENCUBA SNAP MASA WEADING








Monday, September 14, 2009

TEMPAT KERJA


hye kali ni ku nak cite pasal tempat kerje aku.aku keje di pejabat pos malaysia dekat kl ku kje ni untuk musim perayaan je.kerja2 ku asing kad raya yang korang antar seluruh dunia.pada hari jumaat lepas ktorg disuruh berpakain kemas sbb wartawan dari semua akhbar akan datang ke pejabat pos untuk tgok pekerja musim perayaan dan berapa byk kad raya pada tahun ni..mule2 ku ingat best r diorg datang leh msuk tv ke surat khabar ke last2 x de cume gambat pompuan je yg msuk dalam surat khabar berita harian.disbab kan diorang datang kitorg jadi penat sbb kad raya terlampau bnyk da la puasa lapa pulak 2 rase nak halau je wartawan2 mse2..selamat la wartawan2 tu cantik2.ahaha tapi tempat kerja ku ni best r semua membe2 yg baru kenal semua leh msuk kepala x de yg sombong..bukan senang nak dapat kerja senang macam ni.bile time bebuka puasa pos sedia kan mknn semua pekerja ktorg cume kne byar RM1 je mknn semua sedap2 mcm kat hotel hahaa..tapi ku rase bebuke kat umah lagi sedap kowt sbb mak aku yang masak.ermm ok bye.:)

DIRIKU DI BULAN PUASA

asslammualaikum bulan puase ni kite kne r jd baik dan mengumpul pahala sebnyk mungkin walau pown de sentengah membe2 ku kate ku jahat tapi diorang x tau ku sbna nye baik diorg dengki je dgn aku lagi2 de sorg membe ku ni dia duk sme blok dgn ku tp dia tgkat 3 nma dia mlas r nk sebut kesian lak kat dia nnt dia nangis dia da la kuat nangis hahaha..bukan ni sebnanye ku nak cite ku nak cite pasal sepanjang ku di bulan pose..hehe disempanjang bulan puasa ni ku sehari je x puasa.sbb pagi tu ku x bangun sahur ku ngantok sangat bila da tgh hari ku bangun nak pergi kerje ku sakit perut rase menendang-nendang pegi cek dokter bukan hamil wakaka gile..da x tahan sangat ku makan lepas 2 ku terus pg kje..ok r sehari je tggal drpd mmbe2 ku mule2 puasa da niat x nk puasa teruk betul..pejam celik pejam celik seminggu je lagi nak raya cepat betul masa bejalan ku rase klo mase meranggkak mungkin lambt kowt hehehe.baju raya taun ni ku x beli sebab baju taun2 lepas pown x gune.gune pown mse smbhyg jumaat,kenduri itu je.membazir beli byk2 ni baik x payah beli..aku cume bli pakain jalan2 je...wat mase ni aku baru beli 1-sluar 1-baju tu je byk lagi ku nak bli tapi x de mase la sebok dgn kje mungkin ku beli hari jumaat ni atau sabtu kot sbb ahad da raya..ni je kowt cte ku di bulan puasa ermm pe2 nnt ku update lg k bye asslammulaikumwarahmatuallahiwabarakatu........

HARI PERTAMA UPDATE

hye semua hari ni hari pertama ku update blog ku ni..sebelum ni ku buat blog update kejap je lepas tu da malas.blog ku ni x update dari bulan 2 x silap ku tak tau kenapa mungkin disebab kan sebuk keje kowt x pown disbb kan ku mlas hahahasekarang ku da mula rajin nak update blog ku ni haha x tau knpe mugkin mlm td ku mimpi basah lebih semangat nak update hahaa.untuk pengetahuan semua ku da mandi wajib ok klo x mandi x sah puasa..hahaha blog ku ni sbna nye ku nk wat untuk koleksi gambar2 yg ku snap dan mncari rakan2 yg minat sama dengan ku.tp disbb kan mslh x dapat dielakn blog ku ni pown terbiar je..lepas ni ku akan msuk kan gmbar yang menarik yang penah ku tgkap untuk di kongsi kpd korg semua.ermm sampai sini je r ku da x de idea nak tulis haha bye..:p